Thursday, February 6, 2014

10 Cara Mulakan Diet Dengan Shaklee

Assalammualaikum...

wahhhhh...sejak dah beli alfalfa ni..kira nak update sal produk shaklee je kan....semangat nak sihat n kurus dengan Shaklee...ada sumber cakap walau ambik alfalfa je pun boleh kurus tau...sebab boleh buat kita kenyang...betul ke???

Aku nak beli Set Slimming Shaklee xde fulus yg mencukupi...cukup la sekadar Alfalfa je yang Aku ada...dengan berbekalkan Alfalfa Aku tanamkan hasrat nak turun kan berat badan n sihat...Boleh ke???

Meh sini Aku tunjukkan cara...Aku pun baru nak mula follow..Aku copy n paste dari laman web 

Mulakan Diet Kurus Shaklee dengan 10 Cara Ini.
1. Makan sumber protin pada setiap waktu makan termasuk waktu sarapan.
Bagi yang dah ada set slimming shaklee, CINCH SHAKES baik anda ambil semasa sarapan atau sebelum dan selepas senaman bergantung kepada gaya hidup anda. Untuk maksimakan kesan kenyang, blend dengan beberapa biji kurma atau badam. Anda juga boleh campurkan sedikit mentega kacang (pure kacang) untuk tambahan protin. Tak perlu gunakan susu walaupun susu rendah lemak. Untuk yang kurang aktif waktu bekerja, contohnya duduk saja di pejabat, lebih baik minum 30 minit sebelum bersenam atau sebaik sahaja selepas bersenam, workout di gym, joging dan sebagainya. Tapi kalau anda seorang yang aktif , tiada masalah ambil diwaktu sarapan.
2. Tinggalkan sementara produk yang berasaskan tepung seperti roti dan pasta.
Roti putih termasuklah roti serat tinggi perlu dielakkan sementara waktu( selepas program diet tiada masalah). Begitu juga dengan pasta, makaroni, spegheti dan yang seangkatan dengannya. Kalau anda ingin mengambil serat, ambillah oat masak. Jangan sekali-kali gunakan oat segera kerana oat segera telah diproses dan kadar kalorinya lebih tinggi dari oat masak.
3. Makan makanan yang segar.
Elakkan sama sekali makan makanan yang telah diproses seperti sosage, nugget, daging beger dan sebagainya. Ini kerana makanan yang diproses mengandungi lemak yang tinggi dan MSG yang tidak baik untuk kesihatan. Makanlah makanan yang segar dimasak dari bahan mentah.
4. Kurangkan pengambilan makanan berkanji kepada sekali sehari sahaja. Jangan ambil lansung pada waktu malam.
Pilihan terbaik adalah keledek, kacang atau bijirin. Kentang juga adalah lebih baik berbanding nasi putih untuk sumber karbohidrat. Bagi yang mampu makan nasi beras perang adalah lebih baik. Sukatan nasi putih sekali makan hanyalah sebesar satu genggaman tangan kita sahaja. tiada masalah kalau nak makan nasi waktu makan malam, tapi sebaik baiknya makan waktu petang.
5. elakkan makan buah buahan berlebihan.
Selalunya kita silap. Kita menganggap makan buah buahan banyak baik untuk kesihatan. Tetapi sebaliknya sekiranya kita makan berlebihan seperti contoh buah buahan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. maksima 2 biji sahaja sehari dari jenis rendah gula dan tinggi serat seperti apple, pear dan plum. Bagi yang tak selalu makan buah buahan, Vitamin C Plus Shaklee adalah yang terbaik dipasaran. Satu kapsul mengandungi 500mg vitamin C, iaitu anggaran sebanyak 7 biji oren.
6. Kurangkan atau ketepikan terus makanan jenis tenusu untuk sementara terutamanya susu lembu.
Ketepikan susu atau produk tenusu,kecuali keju pada jumlah yang sederhana dan yogurt yang tidak berlemak. Untuk pastikan kadar kalsium dalam tubuh mencukupi, OSTEMATRIX adalah pilihan terbaik, dengan sumber kalsium dan magnasium.
7. Hentikan serta merta minuman berkabonat.
Kandungan gula didalam minuman berkarbonat adalah sangat tinggi. Juga kurangkan gula didalam minuman seharian seperti kopi, teh dan lain-lain. Untuk menggantikan kopi dan teh, ambil CINCH TEA MIXsebagai ganti. Ia sangat baik untuk kesihatan, membakar lemak, memberi tenaga dan meningkatkan metabolisma tubuh.
8. Hentikan penggunaan minyak sayur sayuran seperti minyak bunga matahari, ataupun minyak jagung.
Minyak yang terjual dikedai kedai adalah minyak yang bertapis tinggi dah mudah teroksida bila dipanaskan. Ini boleh menyumbang kepada plak dalam arteri. Sebaliknya gunakanlah minyak zaitun.
9. Perhatikan jenis lemak yang anda makan.
Bukan jumlah lemak yang anda makan yang menjadi perkiraan tetapi apakah jenis lemak yang anda makan. Apakah ia dari jenis lemak tepu /tak tepu? Kandungan lemak tepu yang berlebihan tidak baik untuk kesihatan. Bahan makan yang mengandungi banyak lemak tepu adalah seperti danging bahagian rusuk , keju, mentega, susu penuh krim, dan makanan yang diproses(segera). Hindarkan terus magerin dan makanan goreng. Jangan buang terus lemak dari diet seharian. Wanita dewasa memerlukan tidak lebih 12gm lemak dalam diet seharian dan lelaki tidak lebih 20gm sehari. Pengambilan Minyak Omega 3, seperti OMEGA GUARD adalah yang terbaik.
10. Minum air dengan banyak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau lebih. Minum air sebelum tidur dan setelah bangun pagi.
Minum air selagi urine anda tidak berwarna putih. Sekiranya urin berwarna kuning, bermakna anda belum cukup air.
Sambil anda mengamalkan 10 langkah permulaan untuk diet kurus diatas, anda juga perlu mengamalkan pengambilan supplement dengan cara yang betul.
SARAPAN
Makan 5 biji Alfalfa setelah bangun dari tidur ataupun sebelum sarapan.
Ambil 2 sudu CINCH SHAKES MIX + AIR KOSONG ( anda boleh tambah kurma 3 biji/badam/mentega kacang dan di kisar bersama).anda juga boleh menggantikan dengan 3 sudu Shaklee ESP.
Anda akan kenyang shingga makan tengah hari. Selera makan tengah hari pun selalunya akan berkurangan, dan anda akan makan dengan sedikit
MAKAN TENGAH HARI
Sebelum Makan tengah hari, makan 3 kapsul OMEGA GUARD. Ini akan mengawal nafsu makan anda dan anda akan rasa cepat kenyang.
Makan nasi ( agak2 sebesar genggaman tangan )+ ikan/daging (yang x berlemak)/dada ayam. Pilihan terbaik lauk adalah yang direbus,kukus ataupun dibakar. Elakkan seboleh-bolehnya lauk yang digoreng. Makan sayur atau ulam-ulaman lebih banyak dari nasi.
Sekiranya anda ingin mengambil LECITHIN, seelok-eloknya ambil selepas makan 3 kapsul. Ini akan menyebabkan segala lemak yang anda makan tadi akan terimulsi dan akan dikeluarkan melalui buangan.
Elakkan minum minuman sejuk selepas atau ketika makan. Amalkan minum minuman suam atau panas sahaja.
MAKAN MALAM
Elakkan makan makanan berkanji pada waktu malam seboleh-bolehnya. Sekiranya anda makan bersama keluarga, makan hanya lauk dan sayur sahaja.
Ataupun anda boleh menggantikan makan malam dengan CINCH SHAKES atau ESP sebagai pengganti. Buat seperti sarapan. Tetapi seelok eloknya anda senaman sebelum atau selepas mengambil Cinch Shakes.
Sebelum tidur , makan 5 biji ALFALFA COMPLEX untuk proses detox tubuh anda semasa anda tidur. Dan jangan lupa minum air secukupnya sebelum tidur.
Jom kita sama2 bershaklee....

Alfalfa Shaklee



Assalammualaikum...

Petang2 ni gatal tangan pulak nak menaip...duk berinternet scr xsengaja tersearch berkenaan produk shaklee..Shaklee sinonim dengan ESP tp Aku lebih fokus pd lagi satu produk kesihatan Shaklee iaitu Alfalfa...Aku pernah beli n rasa ESP ni...memang sedap n berlemak gi tu...

Aku tergerak nak cuba Alfalfa ni sebab banyak jugak kebaikan yang kita dapat peroleh daripada pengambilan yang konsisten dan berterusan..Testimoni pun boleh tahan jugak...

Jom Aku share sikit berkenaan produk Alfalfa Shaklee ni..Banyak juga la dalam laman web share berkenaan alfalfa shaklee ni...antara info yang aku boleh share...


Alfalfa adalah tumbuhan kekacang yang berakar panjang yang boleh menyerap banyak zat makanan yang jauh ke dalam tanah. Ia menjadi gudang untuk banyak vitamin yang penting seperti Thiamin (B1), Riboflavin (B2), Niasin (B3), Piridoksin (B6), vitamin A, E dan asid pantotenik.
Mineral yang ditemui dalam Alfalfa ialah kalsium, besi, mangan, magnesium, kuprum dan zink. Khasiat Alfalfa - : Kajian makmal telah mendapati Alfalfa mengandungi 3% asid aspartik yang berfungsi untuk, Mengnyah amonia, Menolong melindungi sistem saraf pusat, merawat keletihan dan meningkatkan stamina.
Ia juga mengandungi 1.4% lysin dan 1% arginine yang fungsinya untuk, Menguatkan imuniti badan, melawan penyakit kanser dengan menghalang pertumbuhan tumor, membina otot dan membakar lemak dengan merangsang glan pituari untuk meningkatkat pengeluaran hormon, menolong menyembuhkan kecerderaan luka, meningkatkan kandungan seperma dan menyuci hati dan membuang racun dalam badan kita.
  Kebaikan ALFALFA yang kaya dan hijau telah lama diakui kerana khasiatnya yang unik. Alfalfa kaya dengan vitamin dan mineral. Ia bukan sahaja mengandungi 8 asid amino yang diperlukan tetapi juga sumber yang kaya dengan vitamin A,B12, D dan K. Dengan nilai kesihatan dan khasiatnya yang tinggi, Alfalfa juga dikenali sebagai "Bapa Segala Makanan". Khasiat semula jadi Alfalfa diperolehi daripada kekacang alfalfa asli yang ditanam menggunakan hanya keadah pertanian organik.

Alfalfa, yang bermaksud “bapa kepada segala makanan” dalam bahasa Arab, mempunyai kedudukan yang penting dalam tradisi herba purba di India, China dan Sepanyol. Para penyembuh purba telah mempelajari melalui pemerhatian selama beberapa abad yang lalu dan kami(Shaklee) pula mengesahkan melalui sains hari ini bahawa alfalfa merupakan satu gudang zat. Akar tunjangnya yang menganjur ke bawah sedalam 6 meter untuk mencari pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil dalam amaun yang banyak melalui proses fotosintesis yang semula jadi. Alfalfa Complex merupakan satu Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam 1950-an. Shaklee hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat, termasuk kalsium, fosforus, zat besi, dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral surih dan vitamin. Termasuk alfalfa, pudina dan lain-lain Tidak mengandungi fungisid, bakteriosid, hormone-hormon sintetik, pengawalatur tumbesaran atau bahan-bahan kimia.
Khasiat daun alfalfa :
  1. Tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
  2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
  5. Memberi kelegaan semasa haid.
  6. Merawat arthitis
  7. Bagus untuk elergi dan ekzema
  8. Merawat asma
  9. Mencuci usus bagi membuang toksik
  10. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkita dalam buah pinggang
  11. Meneutralkan asid dalam badan
  12. Merawat masalah keputihan pada wanita
  13. Membesar dan menegangkan payudara
  14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
  15. Memulihkan urat selepas bersalin
  16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  17. Meningkatkan stamina seorang suami
  18. Melegakan sembelit


Alfalfa
1. Makanan yang mengandungi 8 enzim pencernaan dalam kuantiti yang secukupnya unutk membantu pencernaan bagi kesemua tiga kelas makanan.
2. Mengandungi 10 vitamin, 15 mineral, gentian dan amat kaya protein.
3. Mengatasi sakit sendi.
4. Membanyakkan susu badan.

Cara nak makan Alfalfa ni kebiasaannya selepas lunch..ambik la dalam 3-6 biji
*ikut badan masing-masing...ada yang makan 2 pagi, 2 petang dan 2 malam...ada jugak ambil 3 pagi dan 3 petang
Memang digalakkan Tuan dan Puan, Cik dan Encik, Datuk dan Datin untuk mengamalkan 3L air sehari...lagi banyak lagi bagus..

Tip Pengambilan Alfalfa masa sedang puasa...sebelum sahur ambil 3 biji alfalfa dan sebelum tidor ambil 3 biji alfalfa..

Now

Aku dah order kat kawan Aku dengan harga RM49.00 sebotol ada 330 tablet...

Jom kita bershaklee....just ambil alfalfa untuk supplement sampingan...



Wednesday, February 5, 2014

Cerita semalam....jakun g KL

Assalammualaikum..

Ni semalam punya cerita....dalam duk demam pun boleh sampai KL....ambik MC sebab xlarat nk keje tp cam mn boleh lepas KL ni...

Kisah dia cam ni sebenarnya....

Mr. Abang minta temankan Dia g KL sebab dia nak beli barang..urgent katanya, So Aku pun join la sekaki kan...sebab hari tu Aku g interview Dia sanggup teman ni time Aku lak balas budi...

Pada sesiapa yang tinggal sekitar Ipoh ni kalu rasa malas nak g Terminal Jaya beli tiket bas, Plusliner ada buka Cawangan kat Medan Gopeng ni area Secret Recepies...terpampang kat signboard PLUSLINER....kalu xnampak saja lagi la kan...

Mr. Abang beli tiket bas Ipoh - KL pukul 10.30 pg...secara am nya...kita terpaksa tgu lebih kurang 1/2 jam sebab bas ni dari Terminal Amanjaya..Bas paling awal ada jam 4.30pagi....pada sesiapa nak beli tiket awal seeloknya beli hari sebelumya la...kaunter Plusliner ni buka seawal 6.00 pg - 9.00 malam....sesiapa yang beli tiket bas kat sini pun boleh kalu nak g naik bas kat Terminal Amanjaya...xde halangan bak kata org yg jaga kaunter...

Kita cite sal Aku dalam bas pulak...secara tak langsung, mata Aku ni kalu dah ada dalam bas...kalu xtidor memang xsah la...dari Ipoh sampai KL memang Aku tidor je...hahaha

Bertolak dari Ipoh jam 11.00 pg, sampai KL (terminal Puduraya) 1.15 ptg...memang xde terasa pun bas ni bergerak sebab Aku duk mengeluh je...

Sampai je kat KL....Mr. Abang cakap dia nak g Wisma Yakin...So kitorang decide jalan kaki je ke sana..baru la nama nye jalan-jalan KL kan...Aku n Mr. Abang g jalan kaki je menyusur tepi2 jalan raya yang sesak dengan kenderaan...otw ke sana sudah semestinya jumpa Petaling Street, memang Aku tarik Mr. Abang masuk la sebab ritu g xsinggah pun Petaling Street...

Memang banyak terjual barang pakai wanita & lelaki...Aku just cuci mata je xde nak membelinya...Gaji Aku xdapat lagi kan...memang seronok bila dapat cuci mata ni...penjual2 kat situ semua nya warga Indon...dah rasa mcm tengah bercuti dekat Indon pulak..hihihi...

Lepas cuci mata dekat Petaling Street, jalan2 lagi ke Pasar Warisan n Pasar Seni...



Lepas puas cuci mata, Kitorang g mengisi perut dekat satu kedai mamak ni...terbaik punya kedai mamak view betul2 banguna Bank Mualamat...teruja sekejab sebab bangunan dia Aku ingatkan guna fully kayu tapi sebenarnya cat yang memainkan peranan utk mengkaburkan pandangan mata Aku..ahakssss...

Harga makanan kat kedai mamak ni sama je ngan harga yg boleh dapat kat Ipoh ni...So xde la risau sangat bab makan ni...lepas makan Kitorang jalan lagi ke arah Wisma Yakin...cuci mata jup kat Bazar baru masuk Wisma Yakin utk ke kedai baju Ali Omar Yunus...beli apa yg patut sekali lagi cuci mata kat Bazar baru balik...

Kitorang decide naik komuter nak ke UTC Kuala Lumpur..kisah sebelum ni...Aku n Mr. Abang naik LRT Rapid KL nak ke Puduraya (UTC Kuala Lumpur) konon beli token ke Pudu la kan..sekali kitorang ingat betul la..keluar je dr LRT Rapid KL ambik ko....salah kot...terpaksa la ambik teksi selepas menapak jalan kaki di tepi2 jalan raya besar ambik 1 jam jugak la kan...dengan berpanas nye nak menangis je Aku rasa tapi tabah kan hati kuatkan semangat...hahaha Itu semua pooyyyyooooo...P.Cik teksi cakap kalau nak naik LRT Rapid KL dari Terminal Masjid Jamek kena abik ke Plaza Rakyat...oooo satu info berguna...kali ni xsalah dah...Satu token RM1.20 terus dari Terminal Masjid Jamek ke Plaza Rakyat...selamat sampai jam 4.30 ptg awal lagi nak balik Ipoh sbb tiket bas jam 7.00 mlm...lepak2 kat surau then naik tingkat 4 food court perkena Bakso & Burger Ramly...




Perut pun dah kenyang....time tu balik Ipoh...jam 7.00 malam bas pun gerak menuju ke destinasi...sampai tepat jam 9.15 malam...

Sampai umah kemas apa yang patut n gd night..esok nak kena masuk keje...

Bye-bye...


Monday, February 3, 2014

New baby - ke-14


Assalamualikum...

Nk cite sal dak kecik ni lah...nama dia Nur Zalilah Binti Zariman...Anak pompuan pd Abang Aku yg Sulung...So sekarang Abang Aku dah cukup kuota anak lelaki n anak pompuan...

Umur Dia time ni dah 7 hari..yeayea...selamat hadir ke dunia Allah S.W.T ini...cepat besar ye n jadi anak yang solehah n dengar cakap mak & ayah k...

Aku n keluarga g melawat dak kecik ni semalam...kerja dia tidor je...xde nye nak teriak ke nak sembang2 ke ngan kitorang...

Semua pakat nak pegang..dalam hati berbisik "bila pulak turn Aku ni" ahahaha...




Tahniah ye pada abang n kak ipar...doa anda diterima oleh-Nya...nak anak pompuan kan...


Abang Long n Adik