Thursday, March 14, 2013

Hukum Solat jumaat Bagi Musafir


Ada orang tya Aku berkenaan solat Jumaat bagi yang berMusafir

aku pun xde lah pandai sangat nak bagi terbiyah kat orang ni...kena banyak buat research baru boleh nak bercerita panjang...lepas makan tengahari Aku pun search la Tenet berkenaan hal ni...

Soalan :Hukum solat Jumaat bagi orang yang bermusafir.

Jawapan :Di dalam kitab Majmuk Syarah Mazhab Imam Nawawi telah menjelaskan : “bahawa para sahabat Syafie berpendapat, seseorang yang mempunyai keuzuran yang membolehkan dia meninggalkan Jumaat,harus dia memulakan perjalanan musafirnya samada sebelum tergelincir matahari atau selepasnya.Keadaan musafir ini tertakluk seperti berikut:

Pertama, seseorang diharuskan meninggalkan Jumaat sekiranya dia bermusafir bermula sebelum subuh, pendapat ini adalah tanpa khilaf.(tanpa perselisihan pendapat mengenai hukum masalah ini.)

Kedua,seseorang yang memulakan perjalanan musafirnya selepas tergelincir matahari harus meninggalkan Jumaat.Sekiranya dia mengetahui yang dia sempat untuk mendirikan Jumaat didalam perjalanannya hendaklah dia mendirikan solat Jumaat di tempat itu, keadaan musafir seperti ini diharuskan tanpa khilaf.Ataupun sekiranya dia bermusafir dan tidak ada tempat/masjid untuk dia mendirikan solat Jumaat,dalam perjalanannya maka tidak harus baginya meninggalkan solat Jumaat.

Akan tetapi sekiranya dia tidak boleh menangguhkan perjalanan musafirnya kerana dia terpaksa mengikuti rombongannya dan menyebabkan dia bermasalah jika tidak mengikut mereka.Maka keadaan musafir seperti ini adalah diharuskan meninggalkan Jumaat.

Sumber : Jabatan Mufti Pahang
Mencari Kebahagiaan Hidup

Trip to KL

Start now on 15/03/2013 Jumaat

Aku terperangkap dalam ofis...adik beradik dekat kampung sibuk kemas mengemas dan kakak Aku kat Rawang sibuk dengan aktiviti menyiapkan bekalan untuk membakar malam ni (BBQ)..

Kali ni Trip kami dari 

Semanggol --> Ipoh (ambik Aku & Kak Ipar) --> Rawang (Umah Kakak) --> KL (Jalan2)

Jumaat (15/03/2013)

















Vitamin C

Kebaikan Vitamin C

Mau kulit cantik lile Korean...credit to blog Eynda's Diary (sory tak minta izin dl sebelum letak) bila tgk blog ni terus rasa minat pada vitamin C Redoxon makin menjadi2...

Aku dah amalkan Vitamin C ni dah dekat sebulan...mmg nampak perubahan pada tona warna kulit Aku yang semakin OK sebelum ni aku memang bermasalah  bab tona warna kulit ni...sangat ketara...

Sebulan yang lalu Aku balik kampung, kakak Aku suh aku try Redoxon ni...mula2 xberani sebab bab2 nak makan ubat ni Aku memang takot...Vitamin C Redoxon ni berbentuk soluable macam panadol kena larutkan dalam air baru minum...first minum dah terpikat sebab bau nye harum n rasa pulak sebijik cam kita makan buah oren...hihi...

Sekarang aku memang pengamal Vitamin C Redoxon yang boleh didapati di Guardian/Watson...Vitamin C Redoxon ni terletak di bahagian ubat-ubat/Vitamin...





Roti Canai

Breakfast

Mamak again...

Roti canai Kosong...dah lama kempunan

pagi tadi sorang kakak ofis ni beli kan Aku breakfast "Roti Canai"

thank Kak Mas sebab belikan...





Sikin+Qu=Baby

Alhamdulillah dan Syukur..kawan baik Aku selamat melahirkan baby (xpasti baby boy/girl) pada 25/02/2013(Isnin) dekat Hospital Besar Taiping (tempat kelahiran aku n mybff)

*Bermula di sini....

Majlis pertunangan 31 Julai 2010


Nikah + Majlis Persandingan 
(Belah Perempuan)







(Belah Lelaki)



Inilah hasilnya....(^_^)






Cheese Nan +Ayam Tandoori


Alhamdulillah....kenyang pun perut Aku ni....duk mengidam nak makan roti mamak ni...asalnya nak makan roti canai je tapi bila dah ada dekat kedai mamak Aku oder lain...hihihi...ni memang perangai Aku yang tak boleh di ubah (plan lain buat lain)

*ini la upah untuk aku malam tadi sebab teman Dia g gunting rambut...lupa pulak nak tangkap gambar rambut baru...Nasib baik tak botak kalu tak Aku mesti pengsan...hahaha

Lokasi kedai gunting dekat tepi jalan nak ke Tambun....alang2 dah dekat dengan kedai mamak Bistro Mohammad ni, Aku pun singgah la makan kat sini dari jauh g pekan...dekat kedai Mamak ni jugak la first time Aku makan benda2 mcm ni..hihi...

Cheese Nan +Ayam Tandoori RM9.00

Wednesday, March 13, 2013

My Handphone

Terasa ringan tangan nak menaip berkenaan koleksi Hp yang aku penah pakai dulu sampai sekarang...semua start dari aku beli Hp baru...

Aku mula guna Hp ni masa Aku pergi kerja dekat Pulau Pinang as seller dekat kedai bunga...disebabkan Aku ni tak penah berjauhan dengan keluarga. So Ayah Aku telah mewasiatkan handphone dia utk kegunaan Aku sepanjang berada disana...Aku tak de kawan yang boleh membuat kan Aku lalai dengan Hp.. Jadi fungsi Hp Aku ni just untuk call Mak n Ayah hari-hari. Time tu Aku pakai Hp biasa je. Semua orang tau kan Model Hp ni....orang kata Hp ni mmg tahan lama..Hp ni mmg Terbaik..

Nokia 3310

Aku kerja dekat PP xlama sbb aku dapat sambung Form 6...Balik je umah aku serah Hp Ayah Aku ni balik sebab dia xde Hp susah pulak utk dia kol kawan2 dia kan...selama 6 bulan (Lower Six) aku belajar mmg xde Hp la...lepas naik Upper Six Aku mengadu kat Mak nak Hp..Mak aku wat xtau je ape yang aku ngadukan sebab apa yang Mak aku tau n ad barang2 dapor je...hihihi....lepas ngadu ngan Mak xberjaya, Aku g ngadu pada kakak Aku pulak...esok nye Kak aku kasi Hp lama dia (bekas Abang guna)

Nokia 8250 butterfly
Dulu Hp ni la yang paling the latest dari Hp Nokia 3310...

Hp ni pun xlama aku guna sebab Hp ni dah kurang elok masa dapat kat aku...sistem dalam Hp ni dah mereng...tiap kali aku nak kol n meseg mesti talian kosong...Hp lain ok je bar taliannye...

Lepas tamat Form 6 Aku start kerja as operator dekat kilang Canon...bila dah ada duit sikit Aku pun beli Hp sendiri..aku beli Hp ni dengan harga Rm200 dekat kawan kakak Aku...

Motorola V3i

Then, Hp ni aku kasi pada Ayah Aku sbb aku beli Hp baru...Riwayat Hp ni xlama sebab sebulan lepas Ayah Aku guna....denga secara tak sengaja Ayah Aku dah terendam sekali2 Hp dengan baju seharian...mmg dah xberfungsi la Hp ni...

Nokia 6120 Classic
Time ni aku dah moden sikit...dah pandai nak meseg2 kawan2 laki n pompuan...hihi...dengan Hp ni jgak la aku dah pandai nak syok sendiri (Tangkap gambar sendiri)...Aku memang miss gillekk ngan Hp aku ni...Aku beli Hp ni dengan harga RM650.00..Ori set dekat Kedai Hp Taiping tau..Ni serba sedikit dia punya info

2009 Aku diterima untuk sambung belajar di PUO, Ipoh...dapat pulak PTPTN terus gatal tangan ni nak g usha Hp baru..Aku beli Hp ni dengan harga RM720.00 dekat GM, Ipoh

Sony Ericsson Yari

ku terpengaruh dengan peredaran zaman..disebabkan Hp aku ni sering rosak so Aku buat keputusan utk beli Hp baru..

Nokia C3

Fenomena memiliki Hp smartphone Android semakin menjadi2 + aku dah bekerja...Hal ni menyebabkan Aku pun NAK (hahahaha)...Aku tukar C3 Aku tu dengan Abang Aku sebab dia kata dia xberapa nak pandai gn Hp tu..so Aku melaram la dengan Hp ni...

Samsung Galaxy Mini

Seterusnya....Myb ni Hp Aku yang last Aku dapat beli kot sbb Hp ni Aku beli sangat mahal bagi Aku...mula-mula aku nak beli Samsung Note II tp duit simpanan tak mencukupi then beralih pulak Samsung S3 pun xmampu jugak..last choice nak beli Sony Xperia J je...jom tgk Hp ape yang aku beli....

Samsung Galaxy Note RM2,200.00


Samsung Galaxy S3 RM1,899.00


Sony Xperia J RM750.00

Ini lah antara Hp yang aku duk pikir2....last choice aku lepas merata Aku duk servay

Sony Xperia TX RM1,500.00