apa yang perlu ada sebelum ke alam perkahwinan ye???
Masalah yang paling ketara bagi semua pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan adalah setiap pasangan tidak tahu apa yang perlu pasangan lakukan dan bagaimana ingin memohon perkhawinan.
Berikut adalah apa yang perlu kita lakukan....
1) Rukun Nikah
Rukun nikah adalah perkara wajib. Rukun nikah adalah :-
- Calon pengantin (lelaki dan perempuan)
- Wali bagi pihak perempuan
- Dua orang saksi
- Akad
2) Prosedur memohon perkahwinan :-
- Kursus perkahwinan
- Memohon borang perkahwinan
- Ujian kesihatan
- Hantar borang perkahwinan
3) Majlis Walimah
Disunatkan untuk membuat majlis walimah walaupun dengan korbankan seekor kambing.
4) Duit
- Kos sebelum kawin
kos untuk pengurusan sebelum nikah, contohnya wang hantaran dan cincin
- Kos ketika majlis
kos ketika majlis berlangsung dari nikah hingga walimatulurus lelaki.
- Kos selepas nikah
kos tempat tinggal, kos perubahan gaya hidup, kos untuk bayar hutang dan banyak lagi.
5) Adat dan Trend
- Ikut la selagi islam manghalalkan semua yang kita ikut itu.