Assalammualaikum...
Petang2 ni gatal tangan pulak nak menaip...duk berinternet scr xsengaja tersearch berkenaan produk shaklee..Shaklee sinonim dengan ESP tp Aku lebih fokus pd lagi satu produk kesihatan Shaklee iaitu Alfalfa...Aku pernah beli n rasa ESP ni...memang sedap n berlemak gi tu...
Aku tergerak nak cuba Alfalfa ni sebab banyak jugak kebaikan yang kita dapat peroleh daripada pengambilan yang konsisten dan berterusan..Testimoni pun boleh tahan jugak...
Jom Aku share sikit berkenaan produk Alfalfa Shaklee ni..Banyak juga la dalam laman web share berkenaan alfalfa shaklee ni...antara info yang aku boleh share...
Alfalfa adalah tumbuhan kekacang yang berakar panjang yang boleh menyerap banyak zat makanan yang jauh ke dalam tanah. Ia menjadi gudang untuk banyak vitamin yang penting seperti Thiamin (B1), Riboflavin (B2), Niasin (B3), Piridoksin (B6), vitamin A, E dan asid pantotenik.
Mineral yang ditemui dalam Alfalfa ialah kalsium, besi, mangan, magnesium, kuprum dan zink. Khasiat Alfalfa - : Kajian makmal telah mendapati Alfalfa mengandungi 3% asid aspartik yang berfungsi untuk, Mengnyah amonia, Menolong melindungi sistem saraf pusat, merawat keletihan dan meningkatkan stamina.
Ia juga mengandungi 1.4% lysin dan 1% arginine yang fungsinya untuk, Menguatkan imuniti badan, melawan penyakit kanser dengan menghalang pertumbuhan tumor, membina otot dan membakar lemak dengan merangsang glan pituari untuk meningkatkat pengeluaran hormon, menolong menyembuhkan kecerderaan luka, meningkatkan kandungan seperma dan menyuci hati dan membuang racun dalam badan kita.
Kebaikan ALFALFA yang kaya dan hijau telah lama diakui kerana khasiatnya yang unik. Alfalfa kaya dengan vitamin dan mineral. Ia bukan sahaja mengandungi 8 asid amino yang diperlukan tetapi juga sumber yang kaya dengan vitamin A,B12, D dan K. Dengan nilai kesihatan dan khasiatnya yang tinggi, Alfalfa juga dikenali sebagai "Bapa Segala Makanan". Khasiat semula jadi Alfalfa diperolehi daripada kekacang alfalfa asli yang ditanam menggunakan hanya keadah pertanian organik.
Alfalfa, yang bermaksud “bapa kepada segala makanan” dalam bahasa Arab, mempunyai kedudukan yang penting dalam tradisi herba purba di India, China dan Sepanyol. Para penyembuh purba telah mempelajari melalui pemerhatian selama beberapa abad yang lalu dan kami(Shaklee) pula mengesahkan melalui sains hari ini bahawa alfalfa merupakan satu gudang zat. Akar tunjangnya yang menganjur ke bawah sedalam 6 meter untuk mencari pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementara daunnya mengumpul klorofil dalam amaun yang banyak melalui proses fotosintesis yang semula jadi. Alfalfa Complex merupakan satu Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam 1950-an. Shaklee hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat, termasuk kalsium, fosforus, zat besi, dan magnesium serta klorofil, bioflavonoid, pelbagai mineral surih dan vitamin. Termasuk alfalfa, pudina dan lain-lain Tidak mengandungi fungisid, bakteriosid, hormone-hormon sintetik, pengawalatur tumbesaran atau bahan-bahan kimia.
Khasiat daun alfalfa :
- Tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
- Melegakan sakit sendi dan belakang.
- Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
- Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
- Memberi kelegaan semasa haid.
- Merawat arthitis
- Bagus untuk elergi dan ekzema
- Merawat asma
- Mencuci usus bagi membuang toksik
- Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkita dalam buah pinggang
- Meneutralkan asid dalam badan
- Merawat masalah keputihan pada wanita
- Membesar dan menegangkan payudara
- Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
- Memulihkan urat selepas bersalin
- Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
- Meningkatkan stamina seorang suami
- Melegakan sembelit
Alfalfa
1. Makanan yang mengandungi 8 enzim pencernaan dalam kuantiti yang secukupnya unutk membantu pencernaan bagi kesemua tiga kelas makanan.
2. Mengandungi 10 vitamin, 15 mineral, gentian dan amat kaya protein.
3. Mengatasi sakit sendi.
4. Membanyakkan susu badan.
Cara nak makan Alfalfa ni kebiasaannya selepas lunch..ambik la dalam 3-6 biji
*ikut badan masing-masing...ada yang makan 2 pagi, 2 petang dan 2 malam...ada jugak ambil 3 pagi dan 3 petang
Memang digalakkan Tuan dan Puan, Cik dan Encik, Datuk dan Datin untuk mengamalkan 3L air sehari...lagi banyak lagi bagus..
Tip Pengambilan Alfalfa masa sedang puasa...sebelum sahur ambil 3 biji alfalfa dan sebelum tidor ambil 3 biji alfalfa..
Now
Aku dah order kat kawan Aku dengan harga RM49.00 sebotol ada 330 tablet...
Jom kita bershaklee....just ambil alfalfa untuk supplement sampingan...
No comments:
Post a Comment